Assalamualaikum dan salam sejahtera juga salam damai penuh cinta:
Trading dah cantik tapi di hujung-hujung profit berlaku pula kerugian. Kenapa?
1. Biasanya semasa kita separuh mahir dalam mengusai satu-satu teknik kita akan lebih berhati-hati. Semasa kita ada dalam keadaan ini kita dapat menahan dari loss. Trade kita halus. Berhati-hati. Fokus. Disiplin.
2. Bila kita telah mahir. Kita semakin megah. Kita rasa kenapa kita hanya pungut untung sikit je. Kita rasa kita dah betul-betul dapat pegang arah pasaran. Kita naikkan volume untuk ganda kan keuntungan. Saat ini kita sudah keluar dari landasan seorang trader yang boleh jaga emosi. Kita kalah.
3. Bermulanya episod hitam. Keuntungan yang kita kumpul selama ini telah diragut broker sedikit demi sedikit. Kita panik. Gelabah. Nak cerita pada guru forex kita semasa itu kita takut. Sebab kita sudah langgar pantang.
4. Kita cuba nak betulkan kembali modal kita. Trading kita sudah kucar-kacir. Kita pening. Marah. Salahkan sana-sini. Saat ini kita perlukan guru kita. Jangan lari jauh dari guru. Kembali kan semangat dan baiki apa yang telah terpesong.
Jom jangan gelabah-gelabah:
Jom Santai Trading Tanpa Tekanan dengan Teknik Forextigapuluh.
No comments:
Post a Comment